Pengikut

Selasa, 8 Januari 2013

UMNO disahkan hina Orang Asli di Perak


IPOH - Beberapa Orang Asli di Tapah kesal dan kecewa dengan pandangan bahawa masyarakat itu merosakkan undi pada Pilihan Raya Umum (PRU) yang lalu.

Seorang penduduk, Bah Jali a/l Bah Jit, 54, berkata, mereka tidak berpuas hati apabila Adun Air Kuning, Datuk Samsudin Abu Hassan  mengaku mengadakan program berkenaan dengan tujuan mengurangkan undi rosak yang berlaku dalam kalangan Orang Asli.

Menurutnya, kenyataan yang dikeluarkan itu menyinggung perasaan mereka sedangkan tiada bukti kukuh mengenainya. “Bagaimana mereka yakin banyak undi rosak disebabkan Orang Asli sedangkan ia juga berlaku melibatkan pengundi lain. Kenapa kali ini kami dituduh sedemikian?” katanya kepada media selepas demonstrasi aman di hadapan Pejabat Jakoa Negeri Perak dan Kedah di sini, semalam.

Bah Jali berkata, sebelum ini tidak pernah dibuat program ‘melatih’ mengundi secara betul. Sementara itu, Bendahari PKR Perak, Datuk Dr Yap Yit Thong berkata, isu tersebut boleh dianggap mencabuli hak Orang Asli.

Yit Thong berkata, program tersebut perlu dihentikan segera kerana didapati mengandungi unsur pelanggaran undang-undang yang melanggar Akta Suruhanjaya Pilihan Raya 1957. “Kami menggesa Ketua Pengarah Jakoa supaya meletak jawatan segera kerana gagal melindungi hak Orang Asli malah dijadikan alat kempen politik pilihan raya Umno dan BN.

Taktik-taktik kotor yang digunakan terhadap Orang Asli seperti cara mengugut dan menyogok tidak boleh diterima. “Jangan bodohkan masyarakat Orang Asli. Hak kebebasan mengundi dalam Perlembagaan Persekutuan mesti dihormati,” katanya.

Bagi Ahli Aktivis Sosial PKR, Bah Tony berkata, pihak Jakoa sepatutnya profesional dan menjaga hal ehwal Orang Asli bagaimanapun telah diperalatkan untuk berkempen bagi BN. Beliau turut kecewa kerana masih banyak masalah dalam kalangan masyarakat Orang Asli yang masih belum selesai seperti  pencerobohan tanah di kawasan Orang Asli yang sepatutnya didahulukan bukannya mengadakan program latihan mengundi. - Sinar

1 ulasan: